ingin aku meluahkan sesuatu perasaan
yang tersirat di lubuk hatiku memikirkan
ceria dunia ini engkau membinakan
engkaulah cahaya bilaku didalam kegelapan
memberi kasih dan sayang yang tidak terkira
menghebohkan cinta kita bukan hanya pura-pura
setiap kali ku bersamamu hatiku berdebar
perasaan ku gembira bila kita dapat bersama
membuatku termenung terpandang cinta kita
buatku tersenyum kerana cinta itu kita
mengharapkan cinta ini penuh ikhlasan
tiada rintangan, kebencian atau kejahatan
kehadiranmu di hidupku menghidupkan ku
memberikan nafas baru kepada hidupku
mengharapkan hidup ini dapat bersamamu
dengan izin tuhan jodoh kita akan dapat bersama
..............................................................................................
oh cintaku
berikan segala kasih sayang
yang ku idamkan selama nya
kehadiranmu memberikan kehangatan cinta
.............................................................................................
ingin aku meluahkan satu lagi perasaan
yang tersirat dilubuk hatiku memikirkan
keadaan hati ini untuk bercinta
untuk terus mencapaikan hasrat impian kita
tidak terkira, walau ramai tak mengerti
kehariran mu dihidupku membawa erti
mengisikan kekosongan hati sunyi sepi
menepikan masa kerana ku sentiasa menanti
dari mula bertemu, wajahmu ku tak jemu
kerana ku tahu, cinta itu dari hatimu
cinta itu bisu, cinta itu tak buta
kerana jika kita jatuh cinta kita tak terkata
hanya dapatku katakan ku cinta padamu
ungkapan ini zahir batin dari hatiku
mengharapkan hidup ini dapat bersamamu
dengan izin tuhan jodoh kita akan dapat bertemu...
..............................................................................................
oh cintaku
berikan segala kasih sayang
yang ku idamkan selama nya
kehadiranmu memberikan kehangatan cinta
..............................................................................................
tibalah masa nya, untuk bercahaya...
kasih cinta kita yang hanya mimpi berbunga
dulu, ku serah kasih
dari hatiku kini hatimu menjadi miliku
...............................................................................................
dedication to NASIQAH - Oh Cinta -
Wednesday, June 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment